Seorang ibu, Umamah bt. Haris mewasiatkan kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan raja Yaman, iaitu al-Haris bin Amru : ‘Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduan dalam melayari alam berumah tangga. Sepuluh perkara ialah:-
- Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau mencium sesuatu yang tidak enak.
- Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertmbah kasih kepadamu.
- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap embut terhadapmu.
- Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
- Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
- Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatnya darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
- Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
- Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
- Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suamimu akan menjadi penolong pula pada dirimu.
No comments:
Post a Comment