Wednesday, June 1, 2011

Panduan Dalam Melayari Rumah Tangga

Aku share kan untuk panduan kita smua sbgai isteri dan juga kpd bakal2 isteri...


Seorang ibu, Umamah bt. Haris mewasiatkan kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan raja Yaman,  iaitu al-Haris bin Amru : ‘Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduan dalam melayari alam berumah tangga. Sepuluh perkara ialah:-

  1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang   menjadi   kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau mencium sesuatu yang tidak enak.
  2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertmbah    kasih  kepadamu.
  3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap  embut terhadapmu.
  4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
  5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
  6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
  7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatnya  darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
  8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
  9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila  menatap wajahmu.
  10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suamimu akan menjadi penolong pula pada dirimu.

No comments:

Post a Comment